Showing posts with label MOVIE RAYA. Show all posts
Showing posts with label MOVIE RAYA. Show all posts

Thursday, 21 July 2016

Ini MLM Raya (2016)

Ini MLM Raya (2016)
Trailer : Youtube
Tarikh/Masa : Istimewa Raya
Bersiaran di :  Astro Ria & Astro Ria HD
Pelakon : AC Mizal, Bocey, Zero, Ali Puteh, Ajak Shiro, Shuk, Izreen Azminda, Tasha Shila
Sinopsis : Sebuah Program menarik untuk hari raya ini gandingan mantap daripada perserta MLM 2016 yang pasti akan menceriakan hari raya anda.

Saturday, 16 July 2016

Sepahtu Cinta Plastik (2016)





Sinopsis: Kisah Jep dan Shuib berkelana ke bandar untuk mencari Pak Su mereka yang telah lama tidak pulang ke kampung keran untuk memenuhi harapan nenek mereka. Berbagai cabaran yang mereka hadapi semasa berada di bandar. Apakah mereka berjaya dalam misi mereka? Sama-sama kita saksikan kesudahannya.

Pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Sasqia Dahuri, Ilya Senario

Bocey Mencecey (2016)





Sinopsis: Mengisahkan dua orang sepupu, Fad dan Achey bersama rakan yang juga anak yatim piatu, Abam mencari rezeki sebagai mekanik di ibu negara. Mereka kemudiannya merancang untuk pulang meraikan Aidilfitri lebih awal di kampung, terutamanya selepas kematian nenek tercinta sebelum berdepan pelbagai insiden yang dirancang oleh penjahat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Pelakon : Achey Bocey, Fad Bocey, Abam Bocey, Elfira Loy, Zaidi Omar, Kamarool Hj Yusoff

Joras Van Haji Murshid (2016)





Sinopsis: Mengisahkan Jamil yang tinggal bersama dengan dua orang sahabat iaitu Tajul dan Suib di sebuah kawasan perumahan telah jatuh hati dengan anak Hj Mursyid seorang pemandu van jenazah di kawasan berkenaan. Pihak AJK Masjid ingin mencari pemandu baru van jenazah dan Jamil mengambil peluang untuk memohon jawatan berkenaan. Saksikan kisah seterusnya apakah beliau berjaya dalam misinya untuk memiliki Nana.

Pelakon : Joras ( Rahim, Shuk, Joey), Mubarak Majid, Mona Allen, Nor Azifah

Sunday, 10 July 2016

Sepahtu Mercun Raya



Sinopsis: Jep dan Shuib merupakan dua budak nakal di kampung. Pada hari pertama ramadan, mereka bermain mercun sehinggalah tiba tiba mercun itu terkena sebuah lori lalu kemalangan. Mereka bernasib baik apabila lori itu membuwa muatan mercun seludup.Mereka menjual mercun itu sedikit demi sedikit dan gembira dengan wang yang diperoleh. Namun tanpa disangka, mereka dihantui hantu cina iaitu pemandu lori tersebut yang cuba menuntut kembali mercun-mercun miliknya.

Pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Izreen Azminda & Chiwan Chilok